Monday, June 18, 2012

Rahsia Konspirasi Penciptaan Wang kertas (wang fiat) yang perlu anda ketahui


Tahukah anda apa itu wang fiat?
Wang fiat ialah wang kertas yang kita gunakan pada hari ini di seluruh dunia. Wang yang dibuat daripada kertas ini mempunyai nilai semata-mata kerana undang-undang yang menjadikannya boleh diniaga. Ia tidak disandarkan oleh emas atau perak.
Wang Fiat
Mungkin kata-kata Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia lebih anda percayai. Beliau menyatakan bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga semasa ucapan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 1999.
Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepadaRM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan.
[Sumber: http://www.mahathir.com/malaysia/speeches/1999/1999-01-18.php]
Jadi, bagaimana pula wang fiat ini dicipta?
Apa yang berlaku hari ini adalah perancangan kita pada masa yang lalu. Ikuti peristiwa penting yang berlaku di bawah ini yang membawa kepada penciptaan wang fiat ni
1913 - “Federal Reserve” telah ditubuhkan di Amerika Syarikat
1944 - Wang kertas mula digunakan selepas Persidangan Bretton Woods. Persidangan ini telah membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas. Duit dalam bentuk kertas ini menggantikan matawang emas yang dinamakan “gold backed paper money” atau “representative money .  Ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank.
1917 – Presiden Nixon telah membatalkan perjanjian Bretton Woods.  Kesannnya, wang kertas boleh dicetak sesuka hati tanpa disandarkan oleh emas. Rentetan daripada itulah terciptanya pula “ fractional reserve system“. Fractional reserves banking adalah satu sistem ini menetapkan pihak bank untuk MENGEKALKAN sebahagian dari jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain.

No comments:

Post a Comment