Monday, June 18, 2012

KELEBIHAN EMAS


KELEBIHAN EMAS



Saya cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya?
Apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas 2011


Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu”



jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah

Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam

Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..
Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas…bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi…bergantung pada individu…
Credit to “Kays Legacy”






default
 - Comments Off




Emas adalah logam yang sangat istimewa.



Bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:


Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan
Emas adalah lambang kekuasaan
Emas adalah lambang kejayaan di akhirat
Emas sebagai lambang kekayaan.


Emas itu adalah lambang kekayaan kerana ia adalah wang.

Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia.

Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’.

Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak.
Emas itu lambang kecantikan.

Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas.

Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.

Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas.

Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang etc. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas.

Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.

Emas itu lambang kekuasaan.

Emas adalah logam terpilih.

Raja-raja biasanya menggunakan emas pada mahkota, keris dan alat-alat kebesaran kerajaan. Ini secara tidak langsung mengaitkan emas dengan kekuasaan. Even kat Malaysia sekarang, kita semua tahu bahawa kuning ialah warna Diraja.

 
Emas itu lambang kejayaan di akhirat.

Satu perkara yang menarik mengenai emas ialah ianya wujud di dalam syurga.

Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka diperbuat daripada sutera.
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai;
mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera "
(Surah Al-Hajj:23)

Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua..

Memang logam terpilih emas ni .

Bagi mereka yang belum membeli emas. Cuba beli seketul. Letak kat tapak tangan. Kemudian cuba renung betul-betul. Saya jamin emas tersebut akan memberikan anda satu ‘good feeling’.



WASALLAM

No comments:

Post a Comment