Ini merupakan artikel di dalam ruangan Ekonomi di Berita Harian bertajuk “Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020″
Berikut adalah beberapa point penting:
- Standard Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
- Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
- Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
- Sepanjang 2011, harga emas meningkat sebannyak 10% dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram september lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
- Harga emas semasa RM 159.93 satu gram
Jadi, jangan lupa masukkan skali emas dalam portfolio simpanan dan pelaburan anda.
No comments:
Post a Comment