Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara.
Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.
Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan symptom hyperinflasi dan akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat.
Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah.
Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.

Gambar: Syiling Emas.
Sejarah kegagalan wang kertas /fiat
Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

ANDA boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:
http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/
Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.
Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Amerika Selatan, Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke 21 yang dirundung masalah hyperinflasi.

Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.
Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!
Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati nilai wang yang disimpan mereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang dicetak dengan berleluasa.
Kerajaan Zimbabwe boleh mencetak sekeping wang kertas dengan nilai menjangkau billion dan beratus trillion Zimbabwe Dollar. Mungkin ia nampak lucu bagi kita di Malaysia, tetapi itulah yang telah berlaku di sana. Wang kertas boleh dimanipulasikan sehingga menjadi tidak bernilai.
Gambar: Wang kertas Zimbabwe dengan nilai 100 trillion Zimbabwe Dollar!
Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)
Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakah hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?
Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zaman penjajahan Jepun.
Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah merekacipta nota bank yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar didalam nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.
Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5 dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidak mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang paling popular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar diatas). Duit ini dicetak terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperinflasi.
Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.
Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula. Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka cuma perlu mencetak wang.
Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak. Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yang makan ubi kayu sahaja.
Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas propaganda Jepun dengan kata-kata
“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”
Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila Jepun kalah di dalam peperangan.
Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wang mereka menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas tanpa nilai.
Bagaimana dengan emas?
Lain pula ceritanya dengan emas. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang.
Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia seperti Greek, Rom, Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.
Jika ANDA berkesempatan, sila lawati http://www.moneymuseum.com/ . ANDA boleh melihat wang-wang emas dan perak yang digunakan oleh tamadun-tamadun terkemuka dunia ini.
No comments:
Post a Comment